Friday, April 17, 2009

Wednesday, April 15, 2009

BENGKEL KAEDAH PENGAJARAN DAN PENGAJARAN BERASASKAN COMPETENCY-BASED & ASSESSMENT

Pada tarikh 14 hingga 17 April 2009 telah diadakan Orientasi Bengkel Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Competency-Based & Assessment Untuk Guru MPAV di SMT bagi Zon Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur dianjurkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bagi Zon Pantai Timur, guru-guru adalah dari negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kursus dijalankan di Grand Continental, Kuantan, Pahang. Seramai 74 orang guru telah mengikuti kursus tersebut dan dikendalikan oleh 8 orang jurulatih utama atau Master Trainer iaitu Encik Shahabudin (Ketua), Encik Anuar, Encik Hamzah, Encik Azmirul Ngan, Encik Salleh, Encik Jayati, Encik Suhaimi. Kursus ini dielolakan oleh Puan Hanafiah dan Encik Ansori dari BPK, KPM.

Kursus tersebut merangkumi penerangan mengenai CBT&A oleh Encik Jayati, Mentoring and Coaching oleh Encik Suhaimi dan Penulisan RSL & RP oleh Encik Anuar. Selain itu juga, peserta-peserta akan menyediakan RSL & RP seterusnya menyampaikan latihan mengajar. Sesi latihan pengajaran akan di cerap oleh 2 orang guru dikalangan peserta dan fasilitator kumpulan. Kumpulan akan terbahagi kepada 3 kumpulan dan diselia oleh 3 orang fasilitator.

Diharapkan di akhir kursus kesemua peserta akan mendapat semua matlumat dan dapat menyampaikan kepada guru-guru sekolah mereka apabila balik kesekolah masing-masing.
disamping itu juga penggunaan CBT&A dapat di jalankan oleh semua guru di SMT seluruh negara.